Ungkapan Yang Biasa Kita Dengar Terutama Dalam Sesuatu Kisah Cinta. Di sini ada sebuah kisah cinta untuk anda…cinta yang ikhlas…sangat ikhlas….
Ada seorang jejaka terjumpa buku di taman. Di dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya, dan juga tertera ‘Aisyah yang sedang mencari sahabat hati’.
Tergerak hati jejaka itu mengutus surat dan mengembalikan buku itu kepada si gadis misteri itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia bersetuju berkawan dengan si jejaka, dan berterima kasih kerana menghantar buku yang hilang itu.
Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bertemu.
Si jejaka amat ingin bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis tersebut.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil berkhidmat misi ketenteraan di luar negara. Si jejaka susah hati kerana bimbang dia mungkin tidak dapat berjumpa gadis kesayangannya.
Maka diutus sepucuk surat berbunyi: “Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayangkan padaku, kita akan berjumpa suatu hari nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum bunga mawar berwarna merah. Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku.”
Selang beberapa tahun, pada hari kepulangan si jejaka yang diangkat sebagai perwira negara, si gadis yang setia itu menunggu kepulangan buah hatinya, sambil memegang sekuntum bunga mawar merah.Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata:”Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu dengan orang tuamu.”
Diperhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum mawar merah,seperti dalam perjanjian mereka dahulu. Begitu juga si jejaka berdebar-debar bertemu orang yang disayangi.
Tetiba si jejaka ternampak si gadis yang gemuk, hitam, berjerawat, duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persis mencari seseorang.
Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tanganya memegang sekuntum mawar merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza imaginasinya.
Namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut dan menyapa, Aisyah? Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata: “Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu.”
Terharunya....cinta yg suci dan ikhlas....
ReplyDeletexsmua org akn miliki smua ini....
ReplyDeletetersentuhnya..emmm masih ade ke cinta mcm ni???
ReplyDelete